Posted by: SK on: September 24, 2011
Kita mungkin tak punya kuasa dan wang ringgit. Namun kita punya akal untuk berfikir. Jangan kita tanya apa orang atau negara beri kepada kita, kita tanya pada diri kita apa sumbangan kita pada mereka terutamanya kepada agama dan negara kita.
Suatu ketika dulu kita sebuah negara yang membangun pesat. Kita nampak kemajuan dan pembangunan di sana sini. Bagaimana sekarang? Malaysia dan rakyat Malaysia hanya didedahkan dan dihidangkan dengan keadaan politik yang tidak stabil. Fitnah dan perkelahian antara parti yang tidak ada penghujungnya.
Suatu ketika dulu kita jaguh ekonomi di rantau Asia Tenggara selain Singapura dan Thailand. Namun hari ini, negara seperti Vietnam merupakan negara membangun pesat dan pembangunan ekonomi adalah di tangga kedua selepas Singapura berdasarkan kajian ekonomi serantau.
Negara Vietnam sangat pesat membangun dan ianya bukan diukur pada bangunan tertinggi, lapangan terbang yang besar dan pelbagai mega projek. Kesungguhan pada rakyatnya yang setiap masing masing bekerja keras untuk keperluan survival hidup.
Kita hidup di dunia bukan untuk selama lamanya. Jika kita tak tadbir baik pada masa sekarang, tak tahu apa akan jadi pada generasi akan datang. Fikirlah untuk masa sekarang untuk masa akan datang.
Ada pepatah mengatakan semalam adalah sejarah, hari ini adalah hadiah dan esok merupakan suatu yang misteri. Gunakan hadiah hari ini untuk mengecapi suatu misteri yang baik dan hebat inshaAllah.
Sekadar renungan untuk diri ini dan ingatan pada rakan rakan di luar sana. Politik Malaysia tidak boleh keterlaluan. Jangan jadikan Medan politik sebagai tempat untuk menggadaikan kebajikan rakyat.
HCMC
SK
Thanks :)