Cetusan Revolusi


Kepada rakan-rakan SK, SK.com telah di’establishkan’ untuk santapan rakan-rakan yang telah memberi sokongan.

SK.com akan menitik beratkan tentang pelaburan hartanah dan juga akan sentiasa pantau tentang politik Malaysia yang semakin hari semakin pudar di tanah air ku ini. Namun yang paling penting ialah matlamat kita untuk medapat Redha Allah dan Iman dan Takwa yang teguh disisi Allah. InshaAllah.


  • Setelah dua bulan kembali ke Malaysia. Memang sangat seronok di hati sebab Malaysia ini tanah tumpahnya darahku.
  • Namun demikian setelah dilihat keadaan Malaysia ini, sudah terlalu teruk.
  • Dulu keluar rumah dari Bangi boleh kuar pukul 7 am, tapi highway PLUS Sg. besi dah JAM. Dekat MEX dulu paling awal boleh sampai 7.45 AM dekat parking. Tapi sekarang 8.05 AM baru sampai parking. (Aiseyman..trafic jam memang sangat TERUK)
  • Fikir juga untuk cari rumah di Area KL, tuan-tuan/puan-puan/cik-cik nak tahu? sekarang ini kalau nak beli rumah baru HARGA dah melonjak naik kalau 2 tahun lepas bolehla dapat dalam RM200K, sekarang mesti sekurang-sekurangnya RM350K.
  • Rumah bantuan PRIMA yang kerajaan nak bagi pun harganye dah RM150K tapi mesti gaji bawah RM3000.00. Kalau macam tu berapa je tinggal duit gaji orang bawah RM3000.00. Harga melambung naik.
  • Ada juga kawan-kawan yang hendak beli rumah di lokasi strategi dan baik punya tapi harga terlalu menyempitkan kewangan. Kene ada downpayment beribu-ribu ringgit (RM 20K ke atas). Siapa yang mampu beli? Siapa yang pemaju mahu jual? Pemaju hanya mahu kaya raya untung untuk diri sendiri.
  • Cukup sedih dengan keadaan di Malaysia begini. Masa banyak dihabiskan di stesen-stesen LRT (peak time Masha-Allah), di jalan-raya yang sentiasa sibuk, di highway-highway yang penuh dengan mesin2 touch&go, Smart Tag dan kaunter-kaunter TOL.
  • Kita perlu bangun dan ubah ini sistem yang semakin lama semakin teruk. Anak muda mesti bangkit dan tegakkan perkara yang baik untuk rakyat.

Cetusan Revolusi hari ini ingin memdedahkan sebuah buku yang cukup bernilai untuk kita sama-sama menimba ilmu daripada mereka yang terbaik antara yang terbaik. Irfan Khairy suatu nama yang cukup terkenal membongkarkan tentang bagaimana dia mampu menjadi jutawan dengan ‘Internet Bisnes’. Bukan apa, ini adalah salah satu cara untuk kita menambahkan pendapatan serumah kita agar kita dapat duduk selesa dan juga dapat beribadat kepada yang Maha Esa pemberi segala rezeki.

InshaAllah siapa tahu, berkat usaha kita, kita mampu berusaha dan megubah nasib kita yang semakin hari harga barang-barang keperluan semakin mahal. Cuba anda dapatkan tips-tips hebat daripada Mentor Mentor Jutawan kita. InshaAllah selamat membeli dan membaca.

Irfan Khairi

Jutawan Internet

Peneraju program “Jutawan”, Irfan Khairi mendedahkan rahsia kejayaannya. Apa yang dilakukan oleh pemuda ini untuk menjadi jutawan? Bagaimana beliau perlu bekerja sebagai seorang tukang cuci pasaraya dan tandas selama 2 tahun untuk mengumpul wang membeli buku motivasi dan ceramah motivasi? Namun, kesemuanya telah memberi pulangan beribu kali ganda. Ketahui tips dan strategi Irfan Khairi, jutawan Internet kita!

Antara topik yang didedahkan:

  • apa yang memotivasikan Irfan Khairi ingin jadi jutawan ketika berumur 18 tahun?
  • untuk mencapai matlamat, Irfan Khairi terpaksa bekerja sebagai tukang cuci tandas selama dua tahun. Mengapa?
  • satu-satunya formula untuk berjaya yang di akui oleh kesemua ikon jutawan
  • 2 kaedah promosi perniagaan Internet Irfan Khairi yang mengubahkan keadaan dari 3 pelanggan setahun kepada 3 pelanggan setiap hari!
  • strategi membaca 100 buah buku dengan hanya meluangkan 1 jam sehari!… dan banyak lagi!

“Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini”
-Irfan Khairi

Dan banyak lagi tips tips dari 7 orang Jutawan seperti Azizi Ali, Dr. Fadzilah Kamsah, Billy Lim dan lain-lain.

Mentor Jutawan 2012 – klik di sini!
Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School.


Cetusan!!!

Mengimbas kembali ‘Harapan Rakyat Malaysia’ dalam entri Revolusi Malaysia.

Silalah melawat entri ini https://saufikarim.wordpress.com/2009/04/15/the-malaysian-dream/

Negara Kita, Tanggungjawab Kita!

ABU!

 

SK – Cetusan Revolusi

Bangi


Bab 2: Manchester

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang adalah pada tahun 1995. Ketika itu kami sekeluarga menghantar ayah aku yang akan berkursus di University of Alberta, Kanada. Kanada terletak di Amerika Utara dan pengetahuan geografi ketika itu boleh tahan walaupun masa itu belum ada lagi internet atau “Google” . Masa itu hanya menjejakkan kaki sahaja!

Pada tahun berikutnya, Abah memberitahu kami sekeluarga yang kami semua akan ikut dia yang akan menyambung pelajarannya ke peringkat sarjana di Manchester. Jadi sekali lagi aku rasa cukup bertuah dan syukur pada Allah yang memberi nikmat yang tidak terhingga kepada kami sekeluarga.

Sedikit latar belakang keluarga. Kedua-dua ibu bapaku merupakan anak melayu yang dibesarkan bukan dengan kemewahan. Zaman dahulu, orang kita susah, kata Abah kepada anak-anaknya. Datuk dan nenek bekerja sebagai pesawah padi dan penoreh getah. Sampai sekarang ini, mereka masih menoreh getah sebagai hasil mata pencarian. Cuma nenek sahaja sekarang ini kakinya sakit dan tidak larat untuk menoreh getah. Ayahanda kepada ayahku sudah lama meninggal dunia ketika aku masih belum cukup setahun lagi dilahirkan.

Pertama kali mengenali erti perjalanan jauh dari tanah air ialah pada September tahun 1996. Suatu perjalanan yang cukup menarik bagi seorang budak yang ketika itu baru sahaja berumur 11 tahun (Darjah 5). Mengenali ayahku, beliau merupakan seorang yang cukup komited dan bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu. Masakan tidak, beliau melanjutkan pelajaran sarjana muda ketika aku dan kakakku sudah lahir. Sumbangan dan jasa beliau memang tidak dapat ditukar ganti dengan harga dan nilai wang.

Hari itu merupakan hari yang paling gembira untuk ayahku. Cita-cita beliau memang dari kecil untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara tercapai. Katanya, di luar negara ada banyak yang kita boleh pelajari. Namun, disebabkan masalah kewangan dan sebagai abang sulung dalam keluarga, beliau terpaksa melupakan hasratnya itu, cukup sekadar melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan terus bekerja untuk membantu keluarga. Pada hari itu, beliaulah merupakan orang yang paling gembira sekali. Ibuku juga merupakan orang yang turut gembira ketika itu sebagai seorang isteri yang sentiasa membantunya dalam hal-hal rumah dan keluarga.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Manchester, kami disambut baik oleh rakan-rakan seperjuangan ayahku yang menuntut pelajaran doktor falsafah dan sarjana muda disana. Menurut ayahku, itulah pertama kali beliau bertemu dan berkenalan dengan Prof. Dr. Mohd Radzai. Sejak itu dan sehingga kini, mereka merupakan teman rapat dan seringkali berhubung antara satu sama lain, tidak terkecuali ibuku dan isteri kepada Professor.

Keadaan di Manchester ketika itu sangat sejuk sampai ke tulang. Aku memang kepenatan dan setibanya di rumah Prof itu, aku terus tidur dan tidak tahu pukul berapa waktu ketika itu. Sebelum mencari rumah, kami tinggal selama dekat lebih kurang seminggu lebih dan kami merasakan cukup lama tinggal di situ. Sangat berterima kasih kepada Prof. dan sekeluarga kerana memberi kami tempat tinggal dan cukup lama di teratak 44 Esmond Road, Cheetham Hill mereka. Terima kasih tidak terhingga sekali lagi.

Kata orang, ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”.

Bersambung..


Bab 1: Perth

Sebelum dapat tahu yang aku akan menyambungkan pelajaran di Perth. Aku tak pernah tahu dan ambil tahu tentang geografi “Negeri Perth” ini. Pernahku “google” dan ada dua negara yang dikeluarkan dalam keputusan carian “google” iaitu Perth, Canada dan Perth, Western Australia.

Aku juga tak pernah ambil tahu yang sebenarnya Masyarakat melayu banyak di “Negeri Perth” yang bertuah ini. Mengapa aku kata bertuah? kerana bumi ini tempatku mencari ilmu dan bumi ini juga tempatku mendalami selok belok tentang pekerjaan. Mana tidaknya duit sara hidup tidak mencukupi jadi perlu ambil inisiatif untuk duit tambahan.

Jadi, “Negeri Perth” ini ku jejakkan kaki ku pada bulan Februari 2006, musim panas. Dalam hatiku, kenapa sampai sini waktu musim panas. Malaysia pun panas juga, tapi disini panas kering. Ketika sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth, ada orang melayu yang menyambut kami. Aku dan kawan-kawan yang lain seronok kerana mereka yang menyambut kami akan membawa kami ke bakal rumah masing-masing.

Setibanya di rumah masing-masing, aku amat kagum bagaimana orang melayu kita boleh buat bisnes menyewa rumah di Perth. Mungkin dari segi harga sewa mahal di Perth ini, namun demikian masih ada yang sanggup untuk berbelanja besar mengeluarkan duit mereka terlebih dahulu dan menyewakan rumah kepada anak-anak malaysia ini. Dari segi logiknya memanglah rumah sewa akan menjadi mahal. Siapa yang mahu buat bisnes dan buat untungkan?

Bersambung..


Kita mungkin tak punya kuasa dan wang ringgit. Namun kita punya akal untuk berfikir. Jangan kita tanya apa orang atau negara beri kepada kita, kita tanya pada diri kita apa sumbangan kita pada mereka terutamanya kepada agama dan negara kita.

Suatu ketika dulu kita sebuah negara yang membangun pesat. Kita nampak kemajuan dan pembangunan di sana sini. Bagaimana sekarang? Malaysia dan rakyat Malaysia hanya didedahkan dan dihidangkan dengan keadaan politik yang tidak stabil. Fitnah dan perkelahian antara parti yang tidak ada penghujungnya.

Suatu ketika dulu kita jaguh ekonomi di rantau Asia Tenggara selain Singapura dan Thailand. Namun hari ini, negara seperti Vietnam merupakan negara membangun pesat dan pembangunan ekonomi adalah di tangga kedua selepas Singapura berdasarkan kajian ekonomi serantau.

Negara Vietnam sangat pesat membangun dan ianya bukan diukur pada bangunan tertinggi, lapangan terbang yang besar dan pelbagai mega projek. Kesungguhan pada rakyatnya yang setiap masing masing bekerja keras untuk keperluan survival hidup.

Kita hidup di dunia bukan untuk selama lamanya. Jika kita tak tadbir baik pada masa sekarang, tak tahu apa akan jadi pada generasi akan datang. Fikirlah untuk masa sekarang untuk masa akan datang.

Ada pepatah mengatakan semalam adalah sejarah, hari ini adalah hadiah dan esok merupakan suatu yang misteri. Gunakan hadiah hari ini untuk mengecapi suatu misteri yang baik dan hebat inshaAllah.

Sekadar renungan untuk diri ini dan ingatan pada rakan rakan di luar sana. Politik Malaysia tidak boleh keterlaluan. Jangan jadikan Medan politik sebagai tempat untuk menggadaikan kebajikan rakyat.

HCMC
SK

20110924-120347.jpg

Author/Pengarang

Iklan @ CR

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 14 other followers

Iklan @ CR

RSS iluvislam.com website (recommended)

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Mari Bersedekah

SVision Studio

Mercumaya: Web Hosting

Categories

Top Clicks

  • None

TQ Come Again

  • 9,340 hits

Tweet!

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Flickr Photos

Ceannabeinne

Cuckoo, Cuckoo

All the Small Mistakes

More Photos