Cetusan Revolusi

Melayu Perth dan Melayu Manchester – Kisah Kembara Anak Melayu – Pendahuluan

Posted on: January 28, 2009

Dahulu sebelum aku ke Manchester pada tahun 1997, aku hanya mengetahui nama Bandar Manchester itu melalui kelab bola sepak. Itupun hanya kerana pernah terlihat dikedai sukan yang menjual jersi bola mereka. Tidak terbayang pada ketika itu yang aku akan menjejakkan kakiku di Manchester yang sungguh dingin walaupun tika itu hanyalah baru masuk musim luruh.
Bandar Perth, aku kenali setelah aku ditempatkan untuk meneruskan pengajian sarjana muda ku. Waktu itu, nama Perth ini sangat janggal bagiku kerana pengetahuanku tentang benua Australia ini amatlah cetek. Namun, setelah beberapa tahun di Perth, banyak yang aku pelajari dan teladani seperti mana aku berada di Manchester dahulu.
Terdapat banyak persamaan dan perbezaan antara Manchester dan Perth ini. Seperti kata Laksmana Hang Tuah dulu kala ‘ Takkan Melayu Hilang Di Dunia’. Satu bangsa yang bernama Melayu ini ada di kedua-dua destinasi yang aku diami untuk beberapa tahun. Apa yang berbeda pada ketika aku di Manchester aku menjalani kehidupan bersama-sama keluargaku dan hanya bersama rakan-rakan seperjuangan di Perth.
Melayu ini satu bangsa yang menarik untuk di bicara kerana dengan sifat dan tingkahlaku bangsaku kadang-kadang mencuit hatiku ini. Jikalau di Malaysia, sibuk diperkata tentang ‘Ketuanan Melayu’ dan ‘Survival Melayu’. Namun pada hakikatnya Melayu ini tidak punyai apa-apa tanpa agama. Kita singkap sejarah Parameswara, bagaimana Melayu ini muncul sebagai tempat dagangan import dan eksport terkenal sekitar tahun 1500 masihi. Ketika itu bahasa melayu itu sendiri menjadi Lingua-Franca semua bangsa di seluruh pelusuk dunia.
Dalam kisah, ini ingin aku bicara tentang sikap dan tingkahlaku bangsa Melayu di luar negara mengikut kaca mata seorang pelajar. Aku meneruskan pengajian menengah aku di Manchester ketika berumur 11 tahun dan meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda pada umur 22 tahun. Kisah ini juga akan diselitkan dengan sistem-sistem di United Kingdom dan Australia yang patut dicontohi dan dipraktikkan dalam Kerajaan Malaysia sekarang ini supaya kita lebih berdaya saing dan dinamik. Sistem dalam pentadbiran, pendidikan serta suasana dan aktiviti masyarakat itu sendiri.

bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Author/Pengarang

Iklan @ CR

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 14 other followers

Iklan @ CR

RSS iluvislam.com website (recommended)

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Mari Bersedekah

SVision Studio

Mercumaya: Web Hosting

Categories

Top Clicks

  • None

TQ Come Again

  • 9,340 hits

Tweet!

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Flickr Photos

Ceannabeinne

Cuckoo, Cuckoo

All the Small Mistakes

More Photos
%d bloggers like this: