Cetusan Revolusi

Satu Malaysia? atau Satukan Malaysia?

Posted on: April 14, 2009

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Sejahtera pada semua.

Idea slogan ‘Satu Malaysia’ nampaknya tidak mendapat sambutan yang hangat oleh setiap warga Malaysia. Ia dianggap suatu tamparan hebat untuk sebuah pemerintahan yang baru berkuasa.

CB018552

Kalau dahulu, kita dihidangkan dengan gagasan Wawasan 2020 yang sering terngiang ditelinga-telinga rakyat setiap kali berbincang tentang hal kenegaraan. Wawasan 2020 yang digegarkan pada zaman pemerintahan bekas PM kita Tun Mahathir cukup mempunyai intipati yang jelas sehinggakan tercetus revolusi perindustrian berat.

Wawasan 2020 mencipta seribu satu peluang seperti penubuhan industri automobil negara setelah lawatan bekas PM kita Tun Mahathir ke kilang Mitsubishi di Jepun pada tahun 1982. Di bawah gagasan 2020, projek-projek berbillion-billion ringgit diketengahkan dan ini mampu meransang ekonomi negara kita sehingga lewat tahun 1997.

Bekas PM kita Tun Abdullah juga dapat menarik perhatian rakyat dengan slogan ‘Cemerlang, Gemilang dan Terbilang’ yang sedikit sebanyak membawa impak besar dalam gerak kerja rakyat Malaysia.Namun, slogan itu tidak cukup rempah ratus untuk merangsang ekonomi apabila ia di campur-adukkan dengan idea ‘Islam Hadhari’.

Apa ada pada ‘Satu Malaysia’? Adakah sebelum ini Malaysia ada dua, tiga atau empat? Mesej satu Malaysia tidak sekuat wawasan 2020 yang sangat jelas hala tuju negara. Satu Malaysia merupakan gagasan singkat negara untuk mengembalikan kepecayaan rakyat terhadap kerajaan.

Rakyat mahukan hala tuju negara jelas dihebahkan kepada rakyat dan bukan hanya dengan slogan untuk memulihkan kepercayaan dan mandat rakyat. Kerajaan pelu ada batu pengukur untuk melihat Malaysia maju di masa hadapan bukan hanya pada masa kini. Satu Malaysia perlu di kaji semula supaya mesej yang disampaikan jelas.

Malaysia perlukan suntikan semangat untuk berdaya saing. Lihat seperti negara Iran setelah berlakunya Revolusi Iran. Mereka mampu bersaing hebat dengan blok timur dan barat. Kajian nuklear mereka hampir siap terlaksana. Ini menunjukkan hala tuju mereka konsisten.

Kita perlu konsisten dengan jadual gagasan Wawasan 2020 dan seiring dengan gagasan kemajuan sektor pertanian yang diuar-uarkan oleh lewat kerajaan pemerintah Tun Abdullah. Kita sudah terlalu jauh bermain-main di dalam politik sehinggakan hala tuju hilang entah ke mana.

Satukan Malaysia dan bukannya Menjajah Satu Malaysia.

Malaysia perlu Revolusi! Malaysia perlu berUBAH!

‘Malaysia Maju Untuk Semua’!

Saufi Karim

14th April 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Author/Pengarang

Iklan @ CR

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 14 other followers

Iklan @ CR

RSS iluvislam.com website (recommended)

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Mari Bersedekah

SVision Studio

Mercumaya: Web Hosting

Categories

Top Clicks

  • None

TQ Come Again

  • 9,340 hits

Tweet!

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Flickr Photos

Ceannabeinne

Cuckoo, Cuckoo

All the Small Mistakes

More Photos
%d bloggers like this: