Cetusan Revolusi

‘The Malaysian Dream’

Posted on: April 15, 2009

The Malaysian Dream (Harapan Kita)

‘The Malaysian Dream’ merupakan harapan rakyat Malaysia untuk melihat Malaysia sebuah Negara berbilang kaum yang maju. Peluang-peluang yang ada mesti di agihkan sama rata tidak kira warna kulit, agama dan cara bertutur.  Kebebasan untuk semua rakyat untuk menentukan nasib dan hala tuju mereka tanpa ada sekatan dan kekangan daripada pihak luar.

saya-anak-bangsa-malaysia


Harapan kita dalam menjunjung amanat Allah untuk mengurus tadbir alam ini dengan sebaik-baiknya. Semua pihak memainkan peranan penting dan bukan hanya pihak-pihak berkuasa.

Antara intipati ringkas ‘The Malaysian Dream’ / ‘Harapan Kita’ :-

1. Kebebasan untuk semua selari dengan prinsip rukun Negara kita.
Kebebasan dalam menentukan nasib individu dan keluarga dan masyarakat sekaligus negara mengikut prinsip rukun Negara kita.
Prinsip Rukun Negara:-
•    Kepercayaan kepada Tuhan
•    Kesetiaan kepada Raja dan Negara
•    Keluhuran Perlembagaan
•    Kedaulatan Undang-undang
•    Kesopanan dan Kesusilaan
Kita rakyat Malaysia mahu mendukung cita-cita:-
•    Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
•    Memelihara cara hidup demokratik
•    Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
•    Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
•    Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:

masjid-wilayah-persekutuan

2. Harapan untuk semua dalam mencapai matlamat hidup dan dapat membuat pilihan sendiri

malaysia-web-hosting-services
Setiap individu-individu mesti mempunyai matlamat dalam hidup dan kita berharap kita dapat mencapainya dengan kerja buat kita denga bersungguh-sungguh. Kita tidak boleh mengharapkan ada bantuan daripada pihak lain. Bantuan mesti datang pada diri sendiri.

3. Peluang-peluang  diagihkan sama-rata

Peluang-peluang yang ada bukan hanya untuk orang-orang politik dan orang rangkaian mereka sahaja. Segala peluang yang ada perlu di bahagikan kepada rakyat keseluruhan mengikut bakat dan potensi mereka. Potensi dan bakat rakyat perlu di asah sejak mereka dilahirkan di dunia dengan memberikan pendidikan dan peluang pekerjaan secara menyeluruh.

4. Negara berkebajikan
Negara yang mengutamakan kebajikan bagi semua pihak dan bukan hanya mementingkan sektor-sektor yang memberikan pulangan lumayan tetapi rakyat dipinggirkan.
Kita mengesyorkan ‘Satu Kawasan : Satu Sekolah, Satu Pusat Komuniti, Satu Taman dan Satu Pusat Perniagaan’.



5. Pengurangan Dasar penswastaan Negara

Dasar penswastaan mencengkam rakyat. Rakyat sengsara akibat dasar ini kerana pihak-pihak swasta mementingkan keuntungan lumayan dan ini bercanggahan dengan dasar kebajikan Negara.
Sektor pengangkutan awam perlu di ambil alih kerajaan demi merealisasikan dasar kebajikan Negara. Pengangkutan awam penting bagi sektor pekerjaan, sektor pendidikan dan juga sektor perlancongan.

Penswastaan Negara di galakkan dalam sektor pembaik-pulih dan kerja-kerja penyelenggaraan atau perniagaan perkhidmatan agar dapat memastikan dasar kebajikan Negara dapat dijaga rapi.


6. Perkasakan Dasar Automobil Negara


lotus_evora15

Dasar Automobil Negara perlu dikaji semula dan mesti tidak membebankan rakyat. Tiada gunanya kereta kebangsaan Negara yang mahal tetapi kita dapat mengurangkan defisit Negara dengan hanya mengimport kereta-kereta yang jauh lebih murah dan lebih berkualiti tinggi.
Kereta kebangsaan perlukan perubahan dari segi teknologi, dari segi pengurusan dan dari segi pengeluaran. Kita masih tidak mampu mengeluarkan kereta setanding Jepun dan Korea kerana pengeluaran yang sederhana.  Kita perlukan rakan kongsi yang mempunyai modal yang besar untuk menghasilkan pengeluaran yang tinggi. Tidak mengapa jika kita menjual lebih separuh saham kereta nasional demi menyelamatkan kereta nasional.
Apabila jenama Negara meletup dan terkenal, kita boleh membeli balik saham yang ada untuk menyelamatkan maruah kereta nasional. Jika ada kemahuan, di situ ada jalan.
7. Pengukuhan Dasar Pendidikan Negara
Dasar pendidikan Negara mesti selari dengan aspirasi Negara. Sistem pendidikan kebangsaan perlu menyeluruh dan konsisten. Pendidikan perlu di ajar dengan bahasa kebangsaan. Namun demikian bahasa-bahasa utama dunia seperti Bahasa Inggeris dan Mandarin perlu di kuasai oleh semua rakyat.
1. Sistem persekolahan satu sesi perlu diwujudkan.
2. Penyerapan sekolah agama dalam sistem sekolah kebangsaan perlu diwujudkan
3. Modul pendidikan peringkat pra-sekolah sehinggakan peringkat universiti perlu dikaji untuk di membebankan rakyat yang dahagakan ilmu.


8. Wawasan Negara Maju 2020

Batu pengukur Negara untuk menjadi sebuah Negara maju dari segi ekonomi, politik, sosiologi, psikologi dan rohani. Wawasan ini perlu konsisten dalam setiap dasar yang di tetapkan. Maju 2020 mesti ada dalam dasar kebajikan Negara, dasar penswastaan Negara, dasar pendidikan Negara dan semua dasar-dasar negara yang membawa kepada kemajuan Negara.

9. Gagasan Pertanian Negara


19palmoil_600
Kebanyakan Negara-negara maju tidak menegetepikan sector pertanian. Pertanian penting kerana dapat mengurangkan makanan import dari Negara luar. Pertanian juga dapat meningkatkan pengeluaran kasar Negara.
10. Pembangunan menyeluruh di seluruh negara
Pembangunan mesti menyeluruh tidak kira di kampung mahupun di Bandar. Kita mesti ada ‘Satu Kawasan : Satu Sekolah, Satu Pusat Komuniti, Satu Taman dan Satu Pusat Perniagaan

11. Dasar Sukan Negara
Dasar Sukan Negara perlu diperkasakan. Sukan merupakan acara penting bagi rakyat untuk mengimbangi kehidupan dan juga dapat menjaga kesihatan diri. Dasar Sukan Negara mesti menitik beratkan disiplin dan cara hidup yang sihat untuk semua golongan. Rasuah dalam sukan Negara mesti di hapuskan jika mahu melihat sukan kita sama taraf dengan sukan di Negara-negara lain.

1 Response to "‘The Malaysian Dream’"

[…] Silalah melawat entri ini https://saufikarim.wordpress.com/2009/04/15/the-malaysian-dream/ […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Author/Pengarang

Iklan @ CR

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 14 other followers

Iklan @ CR

RSS iluvislam.com website (recommended)

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Mari Bersedekah

SVision Studio

Mercumaya: Web Hosting

Categories

Top Clicks

  • None

TQ Come Again

  • 9,340 hits

Tweet!

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Flickr Photos

Ceannabeinne

Cuckoo, Cuckoo

All the Small Mistakes

More Photos
%d bloggers like this: