Cetusan Revolusi

Ayat Cintaku Terakhir..

Posted on: August 2, 2009

Assalamualaikum w.b.t.

Segala pujian bagi Allah yang Maha Esa, Tuhan Sekalian Alam, Ya Rabbul Izzati. Dia Tuhan yang agung, yang memberikan rezeki dan nikmat di dunia ini. Nikmat yang terlalu banyak dicurahkan kepada hambanya yang kerdil ini. Hembusan nafas yang memberi kehidupan sehingga hari ini.

Sekian lama tidak aku berkesempatan mencoretkan penulisanku dalam halaman ini. Ku curi masa kali ini untuk  memperbahurui azam dan fokusku untuk agama, bangsa dan tanah air ku. Setelah tiga purnama aku berkhidmat di tanah air tercinta, rasa syukur kerana dapat berkhidmat untuk sebuah negara merdeka, sebuah bangsa Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Bidayuh dan sebagainya yang merupakan bangsa-bangsa yang merdeka.Pelbagai cabaran getir yang masih aku lalui dan aku berdoa supaya kita semua dapat menghadapi cabaran getir di dunia yang fana ini.

“Ku curi masa kali ini untuk  memperbahurui azam dan fokusku untuk agama, bangsa dan tanah air ku. Setelah tiga purnama aku berkhidmat di tanah air tercinta, rasa syukur kerana dapat berkhidmat untuk sebuah negara merdeka, sebuah bangsa Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Bidayuh dan sebagainya yang merupakan bangsa-bangsa yang merdeka”

Cintaku kepada agamaku, cintaku kepada keluargaku, cintaku kepada bangsaku, cintaku kepada tanahairku dan inilah ayat cintaku terakhir. Cintaku kepada agamaku sehingga tidak sanggup aku melihat betapa masih banyak lagi orang yang jahil tentang agama di muka-bumi Malaysia ini. Aku juga takut kalau-kalau aku terpesong daripada jalan-jalan yang lurus. Aku berdoa untuk diriku dan umat semua supaya hati kita dijaga dengan iman dan takwa. Kita manusia yang alpa dan sering lupa dengan tujuan apa kita dilahirkan didunia ini.

“Cintaku kepada agamaku, cintaku kepada keluargaku, cintaku kepada bangsaku, cintaku kepada tanahairku dan inilah ayat cintaku terakhir”

Cintaku kepada kedua ibubapaku sehingga tidak sanggup aku mengenepikan teguran mereka. Tidak sanggup aku melupakan jasa-jasa mereka yang menatang aku sewaktu kecil lagi sehingga aku telah dewasa. Merekalah keluargaku di dunia dan juga di akhirat. Sewaktu sakit merekalah yang menjagaku, sewaktu sihat merekalah yang mengingatiku dan merekalah yang sentiasa menasihatiku sehingga aku boleh berfikir secara waras yang mana baik dan yang mana buruk.

Cintaku kepada bangsaku sehingga tidak sanggup aku melihat bangsa aku dicaci dan dihina. Tidak sanggup melihat bangsaku bertelagah sesama sendiri. Dengki sesama sendiri. Mengata sesama sendiri. Bukankah kita hidup didunia ini untuk mendapat kesejahteraan bersama. Aku mahu bangsaku mengingati kembali sejarah melayu. Sejarah bagaimana kita sebuah negara ‘Tanah Melayu’ mengecapi kemerdekaan. Kita mencapai kemerdekaan atas dasar sepakatan yang diperoleh daripada datuk-nenek moyang kita yang rata-ratanya orang Melayu, Cina dan India. Kita sepakat mencapai kemerdekaan dengan syarat-syarat Kedudukan melayu dijaga dan tapa mempertikaikan hak istimewa orang melayu. Tapi kita mesti ingat, walaupun hak-hak melayu dijaga, kita tidak boleh menyanggah hak-hak rakyat yang lain iaitu hak orang cina dan juga orang india. Hari ini aku perbaharui cintaku terhadap bangsaku, terhadap bangsa cina, india dan sebagainya untuk sama-sama kita capai sebuah negara Malaysia yang bersatu padu dan aman tenteram.

Cintaku pada tanah airku sehingga aku sanggup berjuang demi melihat negara Malaysia negara yang maju dan setaraf dengan negara-negara barat yang mereka fikir merekalah yang terhebat masa kini. Aku seru kepada kamu sekalian supaya kita sentiasa bergading bahu untuk mencapai sebuah negara yang merdeka dan berdaya saing. Kita mesti tunjukkan bahawa Malaysia sebuah negara yang aman tanpa peperangan boleh berjaya menjadi sebuah kuasa ekonomi yang besar. Kita rakyat yang majoriti menganut agama islam sentiasa menunjukkan peradaban yang baik dan berhikmah. Islam menerapkan nilai-nilai murni dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap pekerjaan.

Oh tuhan, tetapkanlah hatiku ini dan…. inilah ayat cintaku terakhir….cintaku kepada agamaku, cintaku kepada keluargaku, cintaku kepada bangsaku, cintaku kepada tanah airku.

Lirik: Ayat-Ayat Cinta (Artis: Rossa)

Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

(chorus)
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud…

Saufi Karim

Revolusi Malaysia

2 August 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Author/Pengarang

Iklan @ CR

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 14 other followers

Iklan @ CR

RSS iluvislam.com website (recommended)

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Mari Bersedekah

SVision Studio

Mercumaya: Web Hosting

Categories

Top Clicks

  • None

TQ Come Again

  • 9,340 hits

Tweet!

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Flickr Photos

Ceannabeinne

Cuckoo, Cuckoo

All the Small Mistakes

More Photos
%d bloggers like this: