Cetusan Revolusi

Sandiwara Labi menyambut Aidilfitri 1431H/2010M

Posted on: September 14, 2010

Labi: Salam dan selamat sejahtera kepada Labu dan semua pembaca.
*Labu: Salam raya Labi..wakakaka..dah 5 syawal baru kau nak ‘wish’ aku.

Agak terlambat juga Labi nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Tak mengapa, Labi ‘still’ nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Terima kasih kepada yang mengirim ucapan raya di laman sosial facebook mahupun di telefon bimbit labi ini.
*(ayat ucapan ‘standard’ pabila tiba hari raya)
wakakaka..wakakaka..

Raya tahun ini seperti biasalah Labi beraya di kampung yang terchenta. Balik kampung ini dapat mengeratkan silaturrahim. Labi mesti ziarah nenek-nenek dan atuk Labi dekat kampung. Dia orang lah antara orang selain ibubapa Labi yang sentiasa mendoakan kejayaan Labi dalam mengharungi cabaran dan liku-liku kehidupan Labi sampailah pada hari ini. *Labi sentiasa kenang jasa dan sumbangan mereka walaupun hanya doa saja.

Aidilfitri tahun ini ada sedikit kelainan sikit pada hemat pandangan Labi.

Tahun ini punya syawal, Labi nak cerita kat korang semua dari kaca mata seorang budak berusia 4 tahun. Sampai sahaja Labi di kampung halaman, Selandar,Jasin Melaka. Labi bersalaman sesama sanak saudara dan ketika itu Labi berjinak-jinak dan menyelamai hati adik sepupu Labi yang bernama Idris.

  1. Idris ini anak ke-3 dalam adik beradik dia. Kenapa Labi nak cerita pasal Idris ini?  Labi cukup kasih tengok dia sebabnya mungkin Idris ini ada iras-iras muka Labi. *Labi taklah kacak sangat..setakat manis je ..wakakakaka
  2. Sebab musabab yang utamanya, Idris ini walaupun umur dia baru 4 tahun, senyumannya sangat manis. Itu membuatkan Labi kasih pada si Idris ini..wakakakaka
  3. Kalau korang tak percaya korang boleh tgk video kat bawah ini.
  1. Kacak tak Idris??!!! Labi suka betul setiap kali dia senyum.
  2. Idris ini, ada adik kecil seorang. Nama adik dia Sarah Intan..ke Intan Sarah..*Labi panggil Sarah je. Sejak Idris lahir dia memang rapat dengan ayah dia. Tak kisah kemana sahaja ayah dia pergi dia akan pegang seluar ayah dia. Itu kisah dia pada raya aidilfitri tahun 2009M
  3. Tahun ini, Idris terpaksa berdikari sendiri. Sarah dah setahun jadi tumpuan semua orang pada Sarah sangat tinggi. Tinggallah Idris sorang-sorang. Mula-mula sampai saja di rumah atuk Labi, Labi bergurau-guraulah dengan dia. Sejak dia lahir memang Labi suka sangat tengok dia. Maka Labilah jadi teman rapat dia pada akhir ramadhan dan awal syawal. Selaku abang sepupu yang bertanggungjawab, Labi melaksanakan tugas dengan sepenuh hati. *Tak boleh blah ayat Labi..wakakakaka.
  4. Labi sebenarnya sayang kat semua adik-adik sepupu Labi, tapi kat Idris ini lain sebabnya yang macam Labi cakaplah. Idris seorang yang pemurah dengan senyuman. Walaupun dia baru berumur 4 tahun. Memang Labi cair setiap kali dia senyum kat Labi. Senyum itu sedekah orang kata. Banyak-banyaklah senyum macam adik Idris* Rupanya dengan senyuman ini boleh memikat hati Labi.  wakakakaka..kepada jodoh-jodoh Labi diluar sana. Banyakkan senyuman anda..wakakaka..
  5. Ada satu malam, Labi secara sengaja melayan kerenah Sarah. Idris cepat-cepat baring kat atas peha Labi sambil berkata ‘ Ahmm..Ahmm..Abang (*Labi lah tu)..Idris punya ‘. Dia tak bagi Sarah bermain-main dengan Labi. Wakakaka..Jadi, Labi pun beri sepenuh perhatian Labi pada Idris yang kacak dan comel ini.
  6. Tetapi, Labi cuba buat tak endah..terus si Idris merajuk. Kuat merajuk jugak Idris ini. Kalau Sarah nak main permainan yang Idris pegang, Idris’confirm’ tak bagi punya. Labi cuba pujuk Idris, ‘Idris bagilah adik main’, terus dia campakkan saja. Hmm..*Labi rasa memang dia dah selalu mengalah masa kat rumah ini. Tak pun mmg dia cemburu dengan layanan yang Sarah dapat selaku adik yang paling kecil sekali dalam keluarga. * Biasalahkan abang mesti mengalah kat adik. Itu tabiat dan lumrah semulajadi manusia.
  7. Secara psikologinya dan kesimpulannya, senyuman Idris ini membuatkan Labi sangat kasih pada dia. InshaAllah jika ada masa dan peluang, bolehla kita berjumpa lagi IDRIS dan adik-beradiknya di lain hari dan lain masa.

Senyum itu Sedekah. * Labi kadang-kadang tak senyum jugak. InshaAllah bole perbaiki diri lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Author/Pengarang

Iklan @ CR

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 14 other followers

Iklan @ CR

RSS iluvislam.com website (recommended)

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Mari Bersedekah

SVision Studio

Mercumaya: Web Hosting

Categories

Top Clicks

  • None

TQ Come Again

  • 9,340 hits

Tweet!

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Flickr Photos

Ceannabeinne

Cuckoo, Cuckoo

All the Small Mistakes

More Photos
%d bloggers like this: