Cetusan Revolusi

Sang Algojo – Pengembara jalanan mencerna minda membuka hati

Posted on: September 19, 2010

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera,

Hari ini Labi nak cerita pasal salah seorang teman Labi. Labi kenal kawan Labi sejak di bangku sekolah rendah lagi merangkap jiran Labi. Dalam alkisah ini, Labi guna nama pena beliau, Sang Algojo.

Sang Algojo (SA) ini suatu ketika dulu merupakan idola Labi sewaktu kitorg berdua akan memasuki alam sekolah menengah rendah. Labi waktu itu masuk sekolah menengah di Bdr Baru Bangi. Namun, SA berjaya ke sekolah terkemuka negara SBP dan Labi cukup bangga dengan kejayaan SA. Itulah serba sedikit pendahuluan kecil tentang teman Labi, SA.

1. Cerita kembara SA

SA memang seorang yang berjiwa besar. Labi memang dari dulu nampak yang SA merupakan seorang pemikir dan sentiasa berfikir. Seorang yang pandai berdikari. Bukan Labi nak membodek, kalau Labi bodek pun bukan dapat apa-apa pun.Dulu, Labi pernah ajak SA bekerja bersama Labi di negeri kangaroo. SA menampakkan minat untuk mengembara. Labi juga pernah bercadang mengajak SA untuk mengembara ke negara maju di barat. Walaupun negara tersebut bukan negara Islam, tapi Ciri-Ciri Islam ada dalam negara mereka.*Labi rasa kalau Islam merupakan agama rasmi mereka, sudah pasti ramai umat dunia ini faham pasal Islam yang sebenarnya. Labi pun kene belajar lagi pasal Islam ini.

2. Kembara tahun 1341H

Baru-baru ini, SA ajak Labi mengembara di kota batu London. Kata SA sebelum dia mengakhiri zaman bujang, dia mahu mengembara dan mengajak Labi untuk menemani dia. Labi sudah putuskan yang Labi tak dapat nak menemani SA ke sana.

SA terus menerus mengajak Labi walaupun Labi dah putuskan yang Labi tak dapat nak ikut. Labi ada alasan tersendiri kerana Labi ada tugasan kerja dan baki cuti hanya tinggal beberapa kerat saja.

Labi terus memotivasikan SA supaya meneruskan niat SA untuk mengembara walaupun ketiadaan Labi. Daripada riak muka SA, Labi dapat rasakan yang SA agak kecewa kerana Labi tak dapat ikut sekali.*Labi pun rasa sayu setiap kali SA pujuk Labi sepanjang minggu syawal ini.

Labi katakan pada SA yang Labi juga kecewa tak dapat pergi bersama atas tanggungjawab Labi yang perlu bertugas.

Dengan keazaman diri, SA berkata kepada Labi yang dia akan pergi seorang diri. Labi tabik dan ucap tahniah kerana SA berani ambil risiko mengembara. Kalau ikutkan amat sedikit rakyat Malaysia yang majoriti muslim keluar mengembara.

3. Umat Islam di Malaysia masih kurang minat jadi pengembara

Labi bukanlah nak kata Labi banyak mengembara. Labi pun bukannya kaya nak jadi seorang pengembara. Itulah kebiasaan pemikiran orang kita apabila ada orang pergi mengembara (travel).Orang kita dah ‘cop’ kalau pergi mengembara, orang kaya saja yang boleh kerana mereka berduit.

Kebiasaan orang kita ini yang perlu kita UBAH. Minda kita perlu terbuka dengan perkara-perkara positif.*Labi tolak perkara negatif.

Sebab itu, Labi bangga SA begitu bersemangat untuk ke kota London. Nasihat Labi kita mengembara dengan niat untuk mencari keredhaan Allah. Bukan hanya untuk berhibur gaya hedonisme. Masyarakat barat banyak mengembara berbanding masyarakat timur. Mereka rajin melakukan kajian tetapi mereka tak dapat nak mengaitkan dengan kekuasaan Allah s.w.t.* Labi kalau boleh nak mengembara bukan hanya mahu ‘enjoy and having fun’.

Ps. Korang rasa Labi patut ambil cuti dan teman SA pergi mengembara tak?

10 Syawal 1431H
Kuantan, Pahang.

2 Responses to "Sang Algojo – Pengembara jalanan mencerna minda membuka hati"

Jom labi, labu da beli tiket😉

Wah, labu pun ikut juga. Bagus2. Labi tak dpt commit lg…cuti tinggal sikit. Doa2la kot2 tiba2 Labi ikut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Author/Pengarang

Iklan @ CR

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 14 other followers

Iklan @ CR

RSS iluvislam.com website (recommended)

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Mari Bersedekah

SVision Studio

Mercumaya: Web Hosting

Categories

Top Clicks

  • None

TQ Come Again

  • 9,340 hits

Tweet!

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Flickr Photos

Ceannabeinne

Cuckoo, Cuckoo

All the Small Mistakes

More Photos
%d bloggers like this: