Cetusan Revolusi

Melayu Perth dan Melayu Manchester – Bab 2 Manchester

Posted on: November 13, 2011

Bab 2: Manchester

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang adalah pada tahun 1995. Ketika itu kami sekeluarga menghantar ayah aku yang akan berkursus di University of Alberta, Kanada. Kanada terletak di Amerika Utara dan pengetahuan geografi ketika itu boleh tahan walaupun masa itu belum ada lagi internet atau “Google” . Masa itu hanya menjejakkan kaki sahaja!

Pada tahun berikutnya, Abah memberitahu kami sekeluarga yang kami semua akan ikut dia yang akan menyambung pelajarannya ke peringkat sarjana di Manchester. Jadi sekali lagi aku rasa cukup bertuah dan syukur pada Allah yang memberi nikmat yang tidak terhingga kepada kami sekeluarga.

Sedikit latar belakang keluarga. Kedua-dua ibu bapaku merupakan anak melayu yang dibesarkan bukan dengan kemewahan. Zaman dahulu, orang kita susah, kata Abah kepada anak-anaknya. Datuk dan nenek bekerja sebagai pesawah padi dan penoreh getah. Sampai sekarang ini, mereka masih menoreh getah sebagai hasil mata pencarian. Cuma nenek sahaja sekarang ini kakinya sakit dan tidak larat untuk menoreh getah. Ayahanda kepada ayahku sudah lama meninggal dunia ketika aku masih belum cukup setahun lagi dilahirkan.

Pertama kali mengenali erti perjalanan jauh dari tanah air ialah pada September tahun 1996. Suatu perjalanan yang cukup menarik bagi seorang budak yang ketika itu baru sahaja berumur 11 tahun (Darjah 5). Mengenali ayahku, beliau merupakan seorang yang cukup komited dan bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu. Masakan tidak, beliau melanjutkan pelajaran sarjana muda ketika aku dan kakakku sudah lahir. Sumbangan dan jasa beliau memang tidak dapat ditukar ganti dengan harga dan nilai wang.

Hari itu merupakan hari yang paling gembira untuk ayahku. Cita-cita beliau memang dari kecil untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara tercapai. Katanya, di luar negara ada banyak yang kita boleh pelajari. Namun, disebabkan masalah kewangan dan sebagai abang sulung dalam keluarga, beliau terpaksa melupakan hasratnya itu, cukup sekadar melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan terus bekerja untuk membantu keluarga. Pada hari itu, beliaulah merupakan orang yang paling gembira sekali. Ibuku juga merupakan orang yang turut gembira ketika itu sebagai seorang isteri yang sentiasa membantunya dalam hal-hal rumah dan keluarga.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Manchester, kami disambut baik oleh rakan-rakan seperjuangan ayahku yang menuntut pelajaran doktor falsafah dan sarjana muda disana. Menurut ayahku, itulah pertama kali beliau bertemu dan berkenalan dengan Prof. Dr. Mohd Radzai. Sejak itu dan sehingga kini, mereka merupakan teman rapat dan seringkali berhubung antara satu sama lain, tidak terkecuali ibuku dan isteri kepada Professor.

Keadaan di Manchester ketika itu sangat sejuk sampai ke tulang. Aku memang kepenatan dan setibanya di rumah Prof itu, aku terus tidur dan tidak tahu pukul berapa waktu ketika itu. Sebelum mencari rumah, kami tinggal selama dekat lebih kurang seminggu lebih dan kami merasakan cukup lama tinggal di situ. Sangat berterima kasih kepada Prof. dan sekeluarga kerana memberi kami tempat tinggal dan cukup lama di teratak 44 Esmond Road, Cheetham Hill mereka. Terima kasih tidak terhingga sekali lagi.

Kata orang, ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”.

Bersambung..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Author/Pengarang

Iklan @ CR

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 14 other followers

Iklan @ CR

RSS iluvislam.com website (recommended)

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Mari Bersedekah

SVision Studio

Mercumaya: Web Hosting

Categories

Top Clicks

  • None

TQ Come Again

  • 9,340 hits

Tweet!

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Flickr Photos

Ceannabeinne

Cuckoo, Cuckoo

All the Small Mistakes

More Photos
%d bloggers like this: